8 Jun 2011

Superpower



1.
Superpower idaman saya adalah … keupayaan untuk meng’ada’kan sesuatu hanya dengan menyeluk ke dalam saku/poket.

2.
Saya terpengaruh dengan … Doraemon dan Harry Potter dalam siri Philosopher’s Stone.

3.
Kenapa?
Untuk kebaikan saya : Maknanya, jika kononnya saya ada di San Fransisco Pizza bersama rakan-rakan dan membelanja mereka makan.. apabila bil datang dan di penyata tertera RM100, saya hanya perlu menyeluk saku saya dan terus boleh dapat RM100 tepat. Begitu juga kalau saya ingin nak makan coklat, saya hanya perlu wujudkan keinginan tersebut dalam hati saya, seluk saku dan dapatlah saya coklat itu. Sekiranya saya sedang mandi pula dan syampu saya habis, saya hanya perlu menyeluk ke dalam kain basahan buatan sendiri saya yang berpoket untuk mendapatkannya.

Untuk kebaikan manusia sejagat : Supply ubat kecemasan sudah habis di ward? Tidak perlu order dari farmasi lagi. Panggil sahaja saya dan saya akan selukkan ubat itu untukmu.. huhuhu
Ataupun jika saya dan kawan saya hampir diragut, saya akan keluarkan pistol + gari + badge dari dalam poket dan menyatakan “Freeze.. CSI! On the ground now!! ” acececece.. sewel saya nih.

4.
Sayang sekali..sungguh banyak kelemahannya.
- Power hanya boleh digunakan apabila saya mengenakan pakaian yang ada saku. Tidak kiralah seluar, baju kurung, kot putih doktor ataupun blouse .. asalkan bersaku. Saya tidak akan ada power jika memakai telekung. Lanjutan itu juga, saya amat vulnerable sekiranya tidak memakai baju.

- Hanya boleh menyeluk saku sendiri. Gila apa seluk saku orang. Nak kena tangkap polis?

- Saku/Poket yang sudah koyak dan berlubang tidak ada maknanya.

- Ada had saiz. Saya tidak bolehlah hendak mengeluarkan ambulans dan paramedik dari kocek saya kalau ada kemalangan dahsyat di lebuh raya.

- Saya juga tidak boleh mengeluarkan ‘manusia’. Maka tolonglah jangan minta saya wujudkan Angelina Jolie di hadapan mata.

5.
Nama Superhero saya ialah … Ada (disebut sebagai Ey-daa) Minx. Lol!

6.
Motto …

“Aku.. Sangat Super dalam MengAdakan yang TiAda.


TAMAT SUDAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan